FOLLOWER

Wednesday, October 31, 2012

JERSEY FARMASI

Jangan main2 farmasi pun ada jersey ok. So akan dipakai setiap hari sabtu, baju nya saiz L tapi sangat sempit ! NOPE, jangan sesuka hati menuduh kegemukan badan saya ye, tu semua salah tukang jahit. Saiz L punya lah kecik. Bayangkan, kita nak pakai tu nak masukkan kepala pun terpaksa buka ikatan rambut, baru lah boleh masuk tang kepala. Payah wey.

Apapun tak dinafikan baju ni nampak smart. Kkani kata "kin, dah macam gadis trek lumba kereta, cuma perlu pegang bendera" Haha.

ThankQ pharmaton sebab menaja kami ye. *ttiba teringat design 2 tahun lepas dri pharmaton. jersey tu besar sangat. Kalini kecik sangat. Haih.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NIKMAT HUJUNG MINGGU DENGAN KELUARGA

Assalamualaikum

Haih. Banyak betul entry pending-pending-pending. Almaklumlah saya busy mengalahkan menteri haha. Ditambah pula dengan mood-mood PMS yang bermaharajalela. Memang semua spoil lah.

Ahad lepas saya wif my famile ke WETWORLD BATU PAHAT. Actually tak da plan apa-apa pun. Sabtu abah pesan suruh saya join pergi rumah saudara jauh saya di sri medan BP. Saya pun ok lah kan. Ala, bila diri meningkat 20an ni uall faham-faham lah. Bila ada orang kawin kena tunjuk muka dan diri. Dengan alasan nanti kita kahwin dia pun datang. Yekeeee ? Tak nak datang dah lah kan. Haha. Bila abah kata pi sri medan, teringat pula wetworld, memandangkan tak busy. Semua setuju !

Bagi saya, pandangan jujur. Wetworld okey lah. Sama je dengan wonderland, tapi maybe sebab wonderland melaka tu baru. Tu je perbezaannya. Yang lain sama je. Dan wetworld lagi murah. 1 kepala dewasa (RM15). Kalau wonderland, siap makan, kau siap kan dalam poket kau, 1 kepala RM100. So tengk ! Banyak perbezaan kan ?

Ha, dan wetworld kecik berbanding wonderland. Ala tapi just nak melayankan adik-adik saya kan. Dah cukup seronok lah ! Seronok sangat masing-masing. Dan tak nak balik rumah hehe

DARIPADA pi gunung ledang, baik pi wetworld, jarak pun sama je, tempat pun selesa. Kalau gunung ledang.... Parking punyalah jauh, menapak lagi, cari makan lagi. Fuhhh. Tak sanggup.

Ok. So kesimpulannya,
Kalau nak bawa adik2 ke, anak buah ke, okey lah. Tapi jangan dating kat sini. Buang tebiat. Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RINDU

Rindu pula pada alisya.
*gambar nih aku nampak gile bulat*

Haha. Oh man !
Cari penimbang. Cari penimbang.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 30, 2012

TERIMA KASIH

Terima kasih banyak2
Kepada kalian.

1) Noraini shariat
2) Don-art usof
3) Ahmad zaidi taharim
4) Encik perdana

Jasa kalian amat lah dihargai.
Ahad ni saya belanja makan eh !
Love u.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 29, 2012

BETTER FUTURE

Dear future,
Semoga segalanya dalam keceriaan, kebahagiaan dan ketenangan.

Suatu hari nanti saya akan datang kepada anda. Diharap pada hari itu anda mengalu-alukan kedatangan saya dan menyambutkan dengan senyuman setelah segala kepayahan yang saya lalui.

Tak kan ada orang faham,
Saya hanya ada diri saya untuk berusaha moga akan tiba masanya, di masa hadapan saya akan tersenyum tanpa henti. Dan setiap titik peluh dan kerutan letih diwajah saya akan terbalas.

*takkan berubah nasib seseorang itu melainkan diri sendiri yang mengubahnya*

Allhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Kau mematangkan aku.
Kau mengajar aku redha dengan setiap yang kau berikan, kau menguatkan keimanan ku dan yang pastinya setiap apa yang berlaku, aku masih di jalan-MU.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MATI

NAFAS AKU TELAH MATI.
TIBA MASA AKU AKAN TENDANG KAU PERGI.

TERIMA KASIH KERANA MEMBUNUH AKU DALAM HIDUP
MENJERUT AKU DALAM SENYUM
MEMBODOH AKU DALAM SETIA

AKU TELAH MATI,
FATINFASHIEKIN

CINTA YANG DISAMPAHKAN


jantung, diam.
akal, diam.
urat, diam.
mencari nafas di dalam hati
mencari nyawa di dalam diri
mendiri cinta pada yang tak sudi
mencari harga diri

aku gadis yang disampah-sampahkan
aku gadis yang dihilangkan
aku pecinta yang ingin disayang
aku ini bukan milik orang

mencari diri di dalam kamu
mencari maruah diri di dalam cinta kamu
mencari nafas yang telah di matikan
mencari langit yang telah pernah engkau kuningkan

mencari aku
mencari engkau
mencari indah
mencari dia yang kau cinta

mengapa cinta ini kau tolak ke tepi?
mau tolakkan kepala ini
mencari rasa
mencari dia
mencari harga diri yang kau lelongkan ke tepi ke dalam api
ke dalam api
ke dalam api
ke dalam api

aku ini perempuan yang telah pun kau lelong-lelongkan pada langit itu
aku perempuan itu: perempuan yang bodoh itu
mengapa aku di biar di sini?
mengapa aku dibiar kau pergi?
mengapa aku di sini, kamu di situ berbahagia selalu?

mencari diri, mencari diri
mencari aku, mencari kamu
mencari dia, mencari semua
mencari segala, mencari semua

mengapa cinta?
mengapa sayang?
mengapa rasa ini kau buangkan sekarang?

jiwa, diam.
mata, pejam.
hidung, diam.
mulut, diam.

segala diam
dunia memejam memandang aku:

“hey, bodoh kamu!
pergilah engkau!
dia bukan milikmu!
pergilah engkau!
dia bukan milikmu lagi
cinta kamu dimamah api”

mengapa aku disini: aku menunggu kamu, si orang itu?
mengapa aku di sini mengharapkan cinta yang sudah pergi?
yang sudah pergi!

mengapa aku mengharap lagi?
mengapa aku masih di sini?
mengharapkan sementara cinta
mengharapkan pada yang tiada

tiada
tiada
tiada

When you still can't find a reason to leave your memories behind. When you are too strong to let go, too weak to leave them. For video, click here.

HAHAHAHA



sebenarnya, senang mau kaya dengan berniaga di malaysia ini.
apa juga produk, sesungguhnya ADA cara untuk dijadikan laku.
kaedahnya?
suntik elemen agama.
kait dengan ayat2 quran sepotong dua.

menderu semua orang membelinya.

hendak jual kismis--
cari ustaz bacakan ayat.
jual.

hendak jual air mineral--
cari imam tiupkan ayat.
jual.

hendak jual susu formula--
cari bilal azan iqamat.
jual.

tengoklah.
menderu semua orang membelinya.

*pause*

aku bodoh dalam bab ini, jadi aku mau tanya.
kalau produk2 itu sebelum dijual atau selepas dibeli--
dilangkah2 atau dibubuh2 di tempat tak semenggah--
apa pula hukumnya nanti?

kalau hendak kata tak ada impak kerana ia cuma benda dibaca--
APA bezanya dengan berkat ada tak ada bila kita menggunakannya?

bukan aku kurang adab kerana skeptikal tentang ini.
aku cuma rasa kita terlalu taksub sama pengkorporatan ayat2 dalam produk2 kita.

kalau betul hendak berkat,
apa disuruh orang yang jauh mendoa2 orang yang tidak diketahuinya?
bukankah lebih manis kalau bawa air segelas, minta ayah ibu bacakan surah2 sepotong dua-- khusus untuk kita-- dibaca penuh cinta?

haih...
geleng kepala aku tengok kawan2 sendiri yang terlalu taksub sama ini semua.

hadehh...
iqra' lah wahai manusia.
baca sendiri.

fatehah pun jadi--
kalau kita sungguh2 percaya.

*pause*

lepas ini,
aku nak jual karipap frozen,
yang aku bacakan yaasin untuknya.

bukan orang tau pun apa betul aku baca.

TAK TERUBAHKAN

dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;

aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

.

Sunday, October 28, 2012

TUDUNG BARU

Terima kasih banyak-banyak.
Banyakkk banyakkk banyakkkk ;)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 26, 2012

ANAK LELAKI SAYA

Perkenalkan, ini baby boy saya,
Nama dia hakimi.
Comel kan ? Putih kan ?

Allhamdulillah.
Dulu masa pregnant kan dia saya amalkan surah yusoff. Minum air soya. Minyak ikan dan saya sangat menjaga pemandangan saya. So, ini lah hasilnya.
Suami saya juga seorang yang kacak cuma suami saya gelap sikit, putihnya kulit hakimi ni sebab ikut keturunan sebelah saya yang kebanyakkannya putih2 melepak.

Haha ! Over gila kan ?? *pang*
Tak da lah. Anak my cousin.
Apapun, hakimi comel ! Sayangg hakimi sangat-sangat ;)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WORK HARD

Usaha kunci kejayaan bermakna kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu, kita mesti berjaya. Ya? Oh tak semestinya macam tu. Ada jugak usaha yang tak berjaya. Tapi itu namanya ujian. Sebabnya, bila dah usaha, lepastu tak berjaya, adakah kita akan rasa nak give up? No. Kita makin rasa nak usaha dan kalau kita masih tak dapat apa yang kita nakkan tu, mungkin benda yang kita nak tu tak bagus untuk kita atau mungkin sebab kita dah dapat apa yang kita perlu.

Kunci yang sebenarnya adalah iman. Sentiasa letakkan kepercayaan yang tertinggi pada Allah bila kita usahakan sesuatu tu. Nak tahu kenapa ramai antara kita selalu kecewa? Sebab bila kita usahakan sesuatu, aimed kita cuma untuk benda tu je. Jadinya bila tak dapat, kita akan kecewa. Kita akan cakap "Aku dah usaha pun tetap tak berjaya. Allah memang tak adil." See. If we don't have faith in Allah, we will be sad when things didn't go as we planned and we always looking for something to blame.

Hidup ni adalah ujian. Jadinya, kunci untuk menghadapi ujian tu adalah dengan usaha. Kalau kita malas, memang kita terus akan gagal. Bayangkan kalau Rasulullah tak berusaha, rasa malas dan terus give up bila apa yang nak disampaikan tak berjaya, adakah Islam akan berkembang macam sekarang?

Malas tu adalah bila rasa taknak buat sesuatu sebab taknak rasa susah. Orang malas cuma mahu bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa. Malas adalah penyakit yang cuma boleh diubati dengan usaha saja. Usaha untuk jadi rajin. Bila kita rasa nak buat sesuatu yang baik tu, teruskan buat. Bila kita fikir banyak sangat, last-last nanti mesti tak jadi nak buat.


*nak jadi gagah macam ecah, sekali bercakap beribu komisyen dia dapat. Hebat !! Semangat baru !! Hehe

*I just need to be a tough person. Keep on fighting. Never give up. May Allah helps me to go through this.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum.

Allhamdulillah, semakin meningkat usia nampaknya. Bsyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan saya segala kecukupan dan kebahagiaan dalam keredhaannya.

Sempena CUKUP UMUR dan harini 26/10/2012 dan penulisan pertama saya. Saya nak merumuskan mengenai setiap apa yang saya lalui :

1) Aku pernah jatuh, aku pernah bangkit dan aku pernah tersungkur. Dan kini aku sangat mengenali erti hidup <3

2) If u want something, go for it ! If u want to buy something, u save ur money and u go get it <3

3) Aku cuba ingat dan sentiasa beringat, semakin meningkat usia ku, semakin hampir kematian <3

4) Mungkin aku tidak kelihatan matang, tetapi segala yang telah aku lalui sangat mematangkan aku <3

5) Aku belajar berusaha selagi aku mampu, aku belajar meneruskan selagi aku mampu <3

6) Aku tidak mahu mencari kesempurnaan untuk diri aku, tapi aku impikan untuk menyempurnakan orang lain <3

7) setiap hari aku ingin menjadi lebih baik, dan kadang kala aku tewas, esok lagi, lusa kembali, kecewa, pimpin aku Ya Allah. biar tidak sempurna, cukup lah supaya lebih baik <3

Selamat hari jadi wahai fatin fashiekin, cuba menjadi yang baik dan lebih baik. Cuba untuk mencabar diri berubah menjadi yang lebih baik. Cuba mencabar diri untuk merubah apa yang menjadi kebiasaan, dan semuanya dijalan Allah. InsyaAllah :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 25, 2012

HERO DIRUMAH, PEMALU DILUAR

Budak manja, orang lain sibuk lah tengok kambing disembelih, dilapah.
Ambil gambar dengan kambing.

Tapi dia ??
Merengek tak habis.
Gayut sana sini.
Tpisat-pisat.

Padahal kat rumah,
Dia lah juara. Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

STRATEGI MENGAWAL NAFSU

Selamat berbuka !
Esok raya !!

Berbuka sekadar milo secawan bersama sebuku roti. Tapi saya bahagia ! Jujur. Mungkin kerana saya rasa bahagia ingin memilih berjaya.

Saya berjaya menjalani puasa Zulhijjah. Saya berjaya mengawal segala nafsu saya di bulan zulhijjah ini melebihi Ramadhan. Dan saya rasa bahagia melaksanakannya :)

Terima kasih kepada si kaki pengutuk (incik Lalan). Terima kasih kepada pendorong (kak ani). Terima kasih kepada peneman (kak aida). Terima kasih pada owner pantry (kak alai).Haha.
With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LELAKI GATAL

"..Perempuan akan diuji ketika pasangan tidak memiliki apa-apa.
Lelaki akan diuji ketika memiliki segalanya.."

Tengah kerja-kerja tadi, biasalah kan raya haji ? So ramai lah custemer dari segala tempat pulang ke tempat asal.

Tengah surf2 tiba2 ada custmer ni bagi kad dia dan minta saya hubungi dia. LOL. Tua okey ! 45tahun lah umurnya macamtu saya rasa. Ok anggap baik, maybe nak offer saya kerja kot. Gaji 50k sebulan kot. Haha.

Tapi apapun girl, hati2 ye. Watch out ur partner carefully. Kalau sebelum ni awak adalah seorang isteri yang GARANG + KUAT MEMBEBEL, so lepasni kalau hubby penat balik dari ofis ape kata uoll berubah, jadi isteri yang manja dan penyayang. Hirau kan lah kalau hubby uoll nak kata buang tebiat. Lama2 nanti dieorang seronok lah kan ? Kalau dah lama kahwin tu, tak salah. Saling ingat mengingati masa susah senang bersama yang telah berjaya diharungi, sure hubby akan tersenyum.

Ye, ye ye.. Saya belum berkahwin lagi ?? Kan ?? So uall boleh lah bayang kan ye, nanti saya kahwin, saya adalah seorang wife yang romantik ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 24, 2012

JATUH DAN BANGKIT

jatuh-menangis-bangkit-usaha lagi.

ketika derai tangis - tersembunyi hikmah di dalamnya.

sesudah derai tangis - terjawab 1001 persoalan.

angkat dagu & teruskan berjalan,
sesekali, tolehlah ke belakang,
bukan menyesali tapi motivasi diri.

kelak, manis kejayaan yang kita kecap, kongsikan sama dengan alam.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEHARI SEBELUM AIDILADHA

Harini masuk kerja tengahari, pagi-pagi buta rushing ke melaka semata nak pulangkan smartg dia. Haih. Entah macammana dua-dua smartg boleh ada dalam kereta saya.

Dia nak kena balik kedah harini ni pula. Bagi yang dah biasa guna smartg, tu adalah nyawa. Malas aih nak guna kaunter2 ni. Rasa masa banyak terbuang macamtu saja.

Di pendekkan cerita, ke melaka semata hantar smartag dan jumpa dia 15 minit (5minit sesi mengeluh jauh2 menghantar smartag+10 minit sesi mengada-ngada). Tapi hati gembira bila dia kata "happy birthday" :)

Saya kata "nak kek tulis nama2 eh, buat kan eh" dia kata "boleh, kita buat cheesecake, tulisan nama2 kita guna markerpen. Ok ??"

LOL.

*actually tak nak apa2 pun, bila wish pun dah cukup rasa bahagia selama-lamanya :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEREMPUAN DAN MASALAH

aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.

tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.

hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.

titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.

1) demi mahukan zuriat.

rabbi laa tazarni fardan,
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan,
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.

wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.

2) demi mempermudah segala masalah.

rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) demi rezeki yang cukup asal cukup.

wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.

dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.

amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.

4) demi meminta pertolongan.

ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin

wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.

ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama. rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".

buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.

pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.

yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan kita.

tuhan itu sifatnya ADA.
-Fynn Jamal

*sangat2 lah terkesan dalam hati tau setiap kata kak fynn, kalau dia ada depan saya. Akan saya peluk rakus ! Kerana setiap kata dia umpama cahaya permulaan hari saya :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LOKASI ; RUMAH BOSS

Assalamualaikum

pada 21/10 kami staf2 difarmasi telah dijemput
untuk menghadirkan diri ke rumah boss kami iaitu
Puan Azlaini Muhammd. mood saya memang lah seronok
nak tengk rumah boss saya. ofcz lah !
rumah renovate setengah juta cheq !
kau mampu ? aku belum mampu lagi. doakan lah mampu. haha


seperti yang di janjikan.
gambar-gambar bersuka ria di rumah kak lai akan diupload,


mukadimah kene lah muka saya kan !
sebagai penggerak majlis. 
*masa nih incik lalan tengah pam tayar kereta.

waktu yang dijanjikan oleh kak Ain dan Ecah pukul 1.30petang.
statement dieorang menyatakan
"ala, kita pergi awal, pergi lambat2 segan pula"
so sebagai insan yang sangat menepati masa,
saya dan incik lalan actually tiba di taman U pada pukul1,
tapi its okey lah cuz incik lalan pun plan nak cuci kereta dulu,
dia merengek2 kata kereta dia kotor sangat.
memandangkan masih awal, ok fine, saya pun setuju lah.
dia cuci kereta, saya pula mencekik pisang goreng kat situ.


mahal oo cuci kereta kat sini ! RM15.00
curah guna air hujan, then lap kereta kita guna surat khabar.
membebel tak berhenti2 dia dalam kereta.

then, 1.45pm
lokasi : depan tutti fruiti, sebab rumah kklai dekat je
dengan tutti fruiti sebenarnya.

me : jom makan tutti fruiti jom
dia : malas, tak payah
me : jom lah, teringin !!
dia : dah bedal pisang goreng, keledek dan macam2
tutti frutti pula
me : alaa, desert !!

dan sedetik demi sedetik demi sedetik,
kkain dengan ecah still tak muncul (-_-)
dan baru lah ! at last dia kata
"jom lepak tutti frutti ;D


Ye, saya bosan,
thats y saya buat benda-benda pelik. haha

tunggu punya tunggu punya tunggu.
pukul 3lebih baru mereka muncul.
sila bayangkan,
dari pukul 1-3petang. sila bayangkan.
situas memang lawak ah, dengan hujan lebat,
kakaida pula sesat.
5 kali lalu tapi still tak jumpa taman U,
actually saya dah kata saya ada depan tutti frutti,
tapi kkaida kata dia cuma nampak macD dan minta kami tunggu di macD
bila kami tunggu di macD,
eh ! pandai pula dia jumpa tutti frutti. huhu.


 sampai-sampai je,
tazkirah dah bermula. segan juga tau.
mula2 masuk. duk diam.
bersimpuh malu. dengar dengan khusyuk,.

selepas 5 minit..

operasi bergambar bermula lah ;p
huhu. itu snap, ini snap. hehe



fiera yang comel sangat-sangat !
rindu kat fiera (-_-")
nak tarik hidung fiera !











baju biru tu, tu lah mama fiera !!
cantik kan !
berdepan lagi cantik ok.
kulit diaa, mulus gila.
thatsy lah fiera pun comel gila.
haih ! suka betul tengk mereka



dan si baju purple yang gemuk ni,
aih tak kan tak kenal ?
buah hati saya. noraini shariat :)


kakaida yang sesat je ! huhu.
tak pa, awal bulan nanti nak claim kredit sbb call dia


di pihak lelaki,
en fauzan yang duduk dikerusi sebelah baju hijau.
baju hijau tu husband kak aida.
alaa, gambar kak alai xda kan ??
kak alai bz sangat. kesana sini.
saya pun cume dengar suara kak alai je sayup2.
dan ayat last yang saya dengar dan nantikan
"jemput2 makan" huhu

kemudian,
acara makan punn bermula


baju krim tu kak ani,
mengelat datang lambattttt ;p




dan 6pm macamtu,
kami gerak pulang ;)


Tuesday, October 23, 2012

LEGOLAND

Ikutkan hati nak sangat pergi. Tambahan pula, bukan jauh pun. Tapi pk balik, sure ramai orang ! Dan member2 yang dah pergi pun memang kata sesak gila ! Bila pk kan sesak, mula terbayang situasi di Genting Haighlands. Nak bermain terpaksa beratur panjang. Uh, tapi Genting tu cuaca sejuk. Kalau johor ? Sempadan singapore ? Trust me, sangat-sangat terik punya lah !

Hmm, tunggu kakAlai pi dulu lah. KakAlai punya pendapat biasanya bab percutian ni TERBAIK !! Planning percutian, Planning Hari Kantin sekolah, Planning Kenduri-kendara, memang terror, bajet pun confirm tak lari ! Kalau tanya orang lain, cakap nak sambil berkipas. Iaitu bermaksud, nak hebat je lah. Kalau duk hotel setakat RM150 semalam, dia pula nak menambah kan rasa dan tak mahu mengalah, dengan kata RM450 semalam. Piirah. Sakit pulak hati ni.

Ok. Gunait.
Jumpa lagi esok.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HEI YOU ! YES YOU !

Assalamualaikum

Bahawasanya, saya yang bernama
FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR
dengan ini menyatakan rasa keredhaan
kerana setiap kali my birthday 
incik lalan tiada disisi (-_-")

Tahun pertama : ke Jepun
Tahun kedua : ke Bangkok
Tahun ketiga : Balik Kedah.

haih. sesungguhnya saya berasa sangat kasihan kepada diri saya,
disamping mengenang kan birthday semakin dekat,
incik lalan pula di hujani dengan
jadual seminar yang PADAT.

Tak pa. dunia kini tanpa sempadan. hp ada.
wish2 by phone okey lah kan ?
*even nak juga macam drama2 tv tuh,
ada tiup2 lilin lah T_T


hei you ! yess you !
balik kedah hati2,
jangan drive laju2,
janji kena tepati
sila buat kan red velvet cake 1 !! 
love u. bye.

*kalau lah incik lalan tahu saya upload gambar ni
sure kene marah. haha ;D

with love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...